Thursday, March 11, 2010

Hari Keempat

Pada hari yang keempat, kita akan pergi ke Arab Street. Di sana, kita diberi tugas untuk menemu-ramah pemilik kedai makanan Melayu, India, Arab dan Turki. Tujuan tugas itu adalah untuk memahami lebih tentang makanan Melayu, India, Arab dan Turki dan mencari makanan-makanan yang istimewa dan bahan yang menyebabkannya istimewa. Selepas itu, kami pergi ke sebuah restoran untuk makan tengah hari. Kami duduk dalam kumpulan masing - masing. Kami berempat perlu berkongsi sepinggan nasi briyani dan sepinggan murtabak. Kami juga mendapat secawan bandung. Selepas kami kenyang makan, kami pun bertolak balik ke sekolah.

No comments:

Post a Comment