Thursday, March 11, 2010

Refleksi Untuk Sabatikal Melayu

Sabatikal ini amat menarik dan seronok. Saya telah belajar lebih banyak tentang makanan tradisi Melayu. Sabatikal ini juga sungguh relaks dan meringankan hati saya. Kami diberi peluang mencuba makanan dan permainan orang Melayu and juga orang India dan saya berasa ini sesuatu peluang yang baik untuk kami memahami budaya Melayu dan saya hendak belajar lebih tentang tradisi Melayu.. Saya berasa budaya Melayu sangat menarik. Saya berharap saya boleh ada peluang lagi untuk menyertai sabatikal ini.

Minggu Sabatikal

Pada setiap minggu terakhir setiap penggal, kami tidak akan hadir kelas seperti biasa. Kami akan diberikan banyak piilihan kursus dan kami akan menggunakan minggu yang terakhir setiap penggal untuk menjalankan kursus ini. Kursus yang saya pilih pada penggal ini adalah kursus Penghargaan Budaya.

Hari Pertama:
- Saya tidak menyertai kerana saya sakit

Hari Kedua : Geylang Serai (cari kuih muih)
- pulut panggang
- talam serimuka
- samosa
- pisang goreng
- putu piring

:Membeli bahan-bahan
- daun pandan
- minyak
- tepung pulut
- kelapa parut
- santan kelapa
- ikan bilis

Hari Ketiga : Pergi ke Sekolah Menengah Nan Yang
-Membuat Jemput-jemput ikan bilis
-Membuat Nasi Lemak
-Membuat Onde Onde

Hari Keempat : Pergi ke Arab Street
-Cari makanan yang istimewa untuk kaum Melayu, India, Turki dan Arab
-Cari bahan yang menyebabkan makanan Melayu, India, Turki dan Arab

Hari Keempat

Pada hari yang keempat, kita akan pergi ke Arab Street. Di sana, kita diberi tugas untuk menemu-ramah pemilik kedai makanan Melayu, India, Arab dan Turki. Tujuan tugas itu adalah untuk memahami lebih tentang makanan Melayu, India, Arab dan Turki dan mencari makanan-makanan yang istimewa dan bahan yang menyebabkannya istimewa. Selepas itu, kami pergi ke sebuah restoran untuk makan tengah hari. Kami duduk dalam kumpulan masing - masing. Kami berempat perlu berkongsi sepinggan nasi briyani dan sepinggan murtabak. Kami juga mendapat secawan bandung. Selepas kami kenyang makan, kami pun bertolak balik ke sekolah.

Hari Ketiga

Pada hari ketiga, kita pergi Sekolah Menengah Nan Yang kerana kita akan memasak makanan kaum melayu. Makanan yang kita akan masak ialah jemput-jemput ikan bilis, nasi lemak, telur dada, ayam goreng dan ondey-ondey. Selepas tiba di sana, kita membahagikan bahan-bahan di antara kumpulan-kumpulan. Satu kumpulan terdiri daripada 2 orang. Satu orang dari setiap kumpulan akan menyediakan nasi lemak dan telur dada dan satu lagi akan menyediakan ondey-ondey, jemput-jemput dan ayam goreng. Oleh kerana kita tidak dengan akrabdengan cara memasak dan menyediakan makanan, Cikgu Nura dan Cikgu Mastura sibuk mengajar kita memasak da menyediakan makanan kaum melayu. Selepas kita habis menyediakan semua makanan, kita membersihkan tempat memasak. Selepas itu, kita makan makanan yang dimasak oleh kita sendiri.

Hari Kedua

Pada hari kedua, kita pergi ke Geylang Serai untuk menyelesaikan teka-teki tentang kuih-muih yang diberikan oleh Cikgu Nura dan membeli kuih-muih yang ada di dalam teka-teki. Kuih-muih yang perlu dibeli adalah pulut panggang, kuih talam serimuka, samosa, pisang goreng dan putu piring. Teka-teki yang diberikan agak susah dan tiada kumpulan dapat meneka semua kuih-muih.

Selepas itu, kita pergi ke satu restoran melayu untuk menikmati makanan kaum melayu. Kita perlu makan dengan tangan seperti kaum melayu. Kaum melayu makan dengan tangan kanan dan ambil makanan deng tangan kiri.

Selepas kita mengisi perut kita, kita pergi ke pasar Geylang Serai untuk membeli bahan-bahan untuk memasak pada hari ketiga. Kumpulan saya telah membeli tepung pulut, daun pandan, santan kelapa, kelapa parut, minyak dan sebagainya.