Thursday, March 11, 2010

Hari Kedua

Pada hari kedua, kita pergi ke Geylang Serai untuk menyelesaikan teka-teki tentang kuih-muih yang diberikan oleh Cikgu Nura dan membeli kuih-muih yang ada di dalam teka-teki. Kuih-muih yang perlu dibeli adalah pulut panggang, kuih talam serimuka, samosa, pisang goreng dan putu piring. Teka-teki yang diberikan agak susah dan tiada kumpulan dapat meneka semua kuih-muih.

Selepas itu, kita pergi ke satu restoran melayu untuk menikmati makanan kaum melayu. Kita perlu makan dengan tangan seperti kaum melayu. Kaum melayu makan dengan tangan kanan dan ambil makanan deng tangan kiri.

Selepas kita mengisi perut kita, kita pergi ke pasar Geylang Serai untuk membeli bahan-bahan untuk memasak pada hari ketiga. Kumpulan saya telah membeli tepung pulut, daun pandan, santan kelapa, kelapa parut, minyak dan sebagainya.

No comments:

Post a Comment